Tip Beli Baju Kanak Kanak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Siapa kata kanak-kanak tidak boleh berfesyen? Hari ini kita lihat fesyen kanak-kanak semakin up-to-date sebagaimana fesyen dewasa.

Industri fesyen kanak-kanak bukan sahaja mendapat tempat di dalam negara, malah di seluruh dunia.

Mencari baju berfesyen untuk anak-anak anda? Kami kongsikan beberapa tip beli baju kanak kanak untuk ibu bapa.

Sama ada menjahit sendiri, menempah atau membeli baju yang siap, perkara ini perlu dirancang sebaik-baiknya oleh ibu bapa.

Bukan sahaja memenuhi kehendak fesyen semasa, malah sesuatu pakaian itu perlulah memberi keselesaan kepada si anak supaya mereka berasa seronok untuk memakainya.

Lebih-lebih lagi ketika musim perayaan, ada banyak fesyen baju kanak-kanak dijual di pasaraya sehingga membuatkan ibu bapa keliru membuat pilihan.

Bagi anda yang sedang mencari panduan membeli baju kanak-kanak, di bawah adalah tip penting untuk memilih dan memadankan baju kanak-kanak dengan pakaian seperti baju kurung dan baju Melayu.

1.Jenis Fabrik

Ini merupakan faktor penting dalam pemilihan baju kanak-kanak.

Adalah dinasihatkan untuk ibu bapa memilih pakaian daripada kain kapas (cotton).

Fabrik ini menjadi pilihan kerana keselesaannya kepada kanak-kanak dan memudahkan pergerakan mereka, terutama dalam usia sekarang yang menyebabkan mereka bergerak aktif fan lasak.

Jangan lupa pilih fabrik yang mudah dicuci, tahan lasak dan tidak mudah turun warna.

2. Kualiti

Sama ada anda perasan atau tidak, kebanyakan pakaian dan aksesori kanak-kanak lebih mahal.

Tidak salah untuk anda melaburkan wang untuk membeli pakaian yang sedikit mahal namun berkualiti tinggi kerana ia tahan lama.

Ini kerana kita tidak tahu pakaian yang dijual dengan harga murah mungkin menggunakan fabrik yang tidak sesuai sehingga memberi kesan kepada kulit kanak-kanak seperti alergik dan ruam.

3. Ukuran Pakaian

Dalam usia kanak-kanak, mereka membesar dengan cepat dan ukuran mereka tidak sama walaupun dalam usia yang sama.

Ibu bapa dinasihatkan untuk membeli pakaian yang sainya satu tahun lebih besar dari saiz kanak-kanak itu supaya pakaian boleh dipakai lebih lama.

Memakaikan mereka pakaian yang ketat tidak akan memberi keselesaan untuk mereka bergerak aktif dan akan mengganggu mood mereka.

4.Warna

Tip beli baju kanak-kanak yang perlu diambil kira juga adalah pemilihan warna yang bersesuaian.

Apa kata pilih warna pakaian yang terang dan ceria seperti merah jambu, ungu, biru dan hijau.

5. Aksesori

Tidak salah untuk menambah aksesori pada pakaian mereka, seperti rantai atau gelang.

Pastikan ia tidak mudah tertanggal dan tidak tajam kerana dikhuatiri akan mencucuk badan mereka.

6. Kesesuaian

Mengambil kira faktor cuaca di Malaysia, sekiranya ibu bapa ingin memakai baju kurung dan baju Melayu perlu melihat kepada kesesuaian masa, fesyen dan jenis fabrik.

Jika anda ingin menghadiri majlis perkahwinan, pilih kain baju Melayu yang tidak panas supaya mereka tidak rimas sepanjang memakainya.

Koleksi Baju Kanak-Kanak

Sekiranya anda sedang mencari baju Melayu dan baju kurung kanak-kanak sama ada untuk dipakai menghadiri kenduri atau ketika perayaan, dapatkan koleksi menarik di Omar Ali.

Jenama Omar Ali sememangnya terkenal menghasilkan baju Melayu lelaki yang berkualiti tinggi dengan jahitan yang kemas.

Kini jenama ini mula memperkenalkan koleksi baju wanita dan baju kanak-kanak serta pakaian umrah.

Bagi anda yang sedang mencari banyak koleksi baju raya kanak-kanak, Omar Ali dapat memenuhi citarasa ibu bapa yang mahukan penampilan bergaya dan menarik buat anak-anak mereka.

Baju kurung kanak-kanak Baby Doll Kids dengan potongan peplum dan moden akan menyerlahkan gaya genit si kecil.

Untuk tampil dengan gaya klasik dan tradisional, ibu bapa boleh memilik koleksi Baju Kurung Riau Mawar Kids.

Si comel juga boleh menggayakan jubah dari Koleksi Melati Kids.

Mahu tampil selain baju kurung? Apa kata pilih rekaan kebaya dari koleksi Kebaya Kota Bahru Kids.

Gaya kanak-kanak lelaki juga tidak dilupakan dengan Koleksi Baju Melayu Jebat Kids. Pasti penampilan si kecil mencuri perhatian ramai.

Nak dapatkan koleksi baju kanak-kanak Omar Ali?

Anda boleh membelinya secara online atau berkunjung ke cawangan butik mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *